Tuesday, May 18, 2010

~Mutiara Kata~

Allah menguji keikhlasan bila bersendirian...Allah menguji kedewasaan bila ade masalah...
Allah melatih kesabaran dalam kesakitan..Allah tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali dengan menggantikan yang lebih baik...

Hawa diciptakan dari rusuk Adam bukan dari kepalannya untuk dijunjung tidak juga dari kaki untuk dijadikan penggalas tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup dekat dengan tangan untuk dilindungi dan hampir dengan hati untuk disayangi...

Tika kau LEMAH jadikan ALLAH sebagai tempat untuk meluahkan rasa, tika kau GOYAH kau perlu kuat kerana kau PEMBAWA agama, tika kau REBAH kau harus tabah kerana kau MUJAHADAH muda...

Kadangkala menangis itu lebih baik dari ketawa walaupun ketawa itu menceriakan luaran, tapi ketahuilah tangisan itu yang membuat hati kita tenang...setiap titisan yang mengalir akan mengubat segala keresahan jiwa..mana mungkin kita mampu untuk mengingati Tuhan dalam ketawa.....Ingatlah dua mata yang xakan disentuh oleh api neraka ialah mata yang menangis kerana takutkan ALLAH dan mata yang berjaga sepanjang malam dijln-NYA...

Kadangkala ALLAH jarakkan kita, kemudian DIA datangkan pula dengan dugaan...puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita kerinduan yang berpanjangan...

Tiada siapa yang paling pandai n paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh n setiap yang bodoh itu boleh mnjadi pandai...



0 comments:

Post a Comment